Monday, 28 May 2012

mock interview



cuaknya nak buat interview kejap lagi. wish me luck guys :(

bekas?

amboi kemain tajuk. Bekas? tupperware ke nyah. Oh bukan yer. Maksud disini bekas pakwe, bekas kekasih, bekas emm emm emmm bekaslah. Harini aku nak cerita pasal bekas pakwe. Kenapa aku nak dok cerita pasal dia ni? rindu barangkali.

Aku akui aku bukan manusia yang senang untuk move on. Buktinya, aku masih lagi menulis tentang si dia ini walaupun sudah 155 hari berlalu. Iye, aku tak pernah berhenti mengira membilang hari kehilangan kau, wahai bekas kekasih.

Aku dapat tahu yang kesayangan kau iaitu loco ( bagi sesapa yang tak tahu, loco to kereta ) dah accident sebab berlumba hari ahad haritukan. Yes, aku ter stalk facebook kau, sebab dekat situ kau update semua pasal kau. Sebenarnya aku dah nak berhenti stalk kau, tapi ntah kenapa hati aku macam kuat gila nak tengok kau bahagia ke tak. Dan aku masih tak tau kau bahagia ke tak sebab benda yang kau update semua pasal loco -___- kawen dengan loco jelah eh awak?

Bila dapat tahu loco kau cedera, aku macam nak tenangkan kau. Tapi aku tahu, kehadiran aku tak diperlukan. Mungkin kau lebih perlukan crush enam tahun kau untuk tenangkan kau..aku sedar kot siapa aku. Aku tengok status bbm kau, 'sorry loco :(' yer aku tak suka kau buat smiley macam tu, kenapa? sebab aku tahu kau tengah sedih..ikutkan dalam hati, nak pujuk kau...aku harap kau okay.

Dan jika kau masih lagi dengan crush 6 tahun yang kau masih nak tu, aku harap kau bahagia. Kalau kau betul sayang dia, buat cara yang betul. Jangan jadi macam hubungan kita okay? Aku tengah redha ni, mungkin nanti bila kau dah memang betul-betul dengan dia, aku akan berhenti cakap pasal kau. Sebab tu janji aku, aku takkan tinggalkan kau sorang-sorang. Kalau kau dah dengan dia, kau bukan sorang sorang kan? Mungkin masa tu memang aku patut pergi jauh jauh :)

Dan sebenarnya aku rindu nak kira bintang sama sama waktu malam. Haha. okay dah stop cerita pasal dia sebelum hujan turun kejap lagi...

pesanan : aku sebenarnya tak suka panggil bekas kekasih ni bekas. Ada nama lain tak yang boleh panggil dia ni? please.

Sunday, 27 May 2012

takut :(


sem depan, dapat rasa yang jadual pack sangat. Sem ni pun dah penat gila. Semester depan? semoga tabah ina *usap kepala sendiri*

Jumaat yang membahagiakan

Hello ! :)

Lama gila tak update. Eh kenapa setiap kali nak update kena tulis "lama gila tak update? " bajet retis betul ina ni. Padahal bukan ada sapa sapa baca pun. okay, dah lari tajuk. Aku memang macam ni.

Hari jumaat yang membahgiakan aku haritu, bajet bajet nak bangun awal nak pergi kelas pagi, hari jumaat adalah satu satunya hari yang kelas dia pukul 8 pagi. Yang lain semua pukul 10 pagi, Jadi feeling nak bangun pepagi tu lain macam. Aku pun bangun dengan semangatnnya pukul 5 lebih macam tu sebab nak pergi kelas punya pasal. Ntah kenapa, katil seperti magnet kutub utara dan aku bagaikan magnet kutub selatan, kami bergabung semula. Okay metafora gila, senang cite, aku tertido balik.

Ermm, Bangun bangun balik tidur aku bajet cam baru pukul 7 ke apa. Sekali tengok jam, Ya Allah dah pukul 8 lebihh. Pesen apa budak ni bangun tertido balik. Alya Chan dah mesej dah. 'Kina pergi kelas tak?' aku nak reply mendalaaa. Last last aku reply jugak yang aku terbangun lambat. Aku masa tu macam dah fikir, pegi jelah kelas asalkan dapat sain kehadiran. Pesen budak malas betul. Lepas tu, aku fikir fikir balik, nak mandi lagi nak siap siap lagi nak tunggu bas lagi pukul berapalah aku sampai kelas ni. Okay, aku pun buat keputusan tak payah pegi lah. Kau kan dah pandai. Ok ni tipu.

Lama juga aku fikir hari jumaat yang mulia ni aku nak buat menda. Plan asal aku macam nak pergi library. Macam laaa kan. Lepas tu tengok cuaca pun ala ala mengada macam nak hujan, aku pun umm ummm kita library dalam bilik jela erk? haaa kata setan ina kepada aku.

Dan dan ingat nak study dalam bilik. Tak lama lepas itu, dapat mesej dari Alya Lina. 'Kina, kiteorang nak pergi mines lepas ni, nak ikut tak?' Aku yang dapat mesej tu dah berfikiran setan nak pergi berjimba sekejap sebelum final. Aku pun tanpa membuang masa, membalas okay aku setuju. Nak ikut lettew.

Aku pun siap-siap la, yang ni tak payah cite lah kan. So kitaorang pun gerak dalam pukul 11 macam tu, sebab sebelum tu lepak surau kejap. Tunggu bas Mines ni punya lah lama. Tapi disebabkan aku ni penyabar orangnya. Ok, tipu lagi. Okay aku pun tunggu lah dengan penuh kesabaran sambil menceritakan tentang hidup di zaman kanak-kanak ke Alya dgn Asma.

Sampai je Mines, terus naik ke tempat pusat hiburan. Dekat tingkat 5 tak silap. Aku, asma dgn alya dah buat keputusan nak karaoke, boling makan lepas tu balik. Haa agenda pertama dah tentu karaoke kan. Jyeahh aku pun dah lama gila kot tak karaoke. Eh, lupa plak kesah nak study dan pegi library kan *mengucap* . Haa kiteorg ambil keputusan nak sewa bilik satu jam. 30 ringgit, so sorang bayar 10 ringgit lah. Masa nak keluarkan duit tu, ada juga rasa ragu-ragu tapi dah lama sangat tak karaoke. HAHA sekali sekale kot? Tengok dekat tempat karaoke tu, tak ada orang. Kiteorg pelanggan pertama barangkali.

Masuk je dalam bilik, terus pilih lagu. Dasar tak sabar punya budak-budak. Lagu pertama yang kiteorg nyanyi lagu Bruno Mars. Tapi aku tak ingat lah lagu apa. Lagu kedua aku yang pilih, aku nak nyanyi lagu Celine Dion yang My Heart Will Go On tuuuuu. Walaupun vokal tak seberapa, tapi aku peduli apa. Janji dapat nyanyi. Sedap tak sedap belakang cite. Aku nak menghayati lagu sebenarnya. Buat aku teringat dekat Syed pulak. Haiihhh. Lagu ketiga keempat dan seterusnya aku tak ingat lagu apa kiteorg nyanyi. Yang penting dapat bergembira. haha. Lepas dah nyanyi semua, kami pun keluar dari bilik tanpa rasa bersalah sebab masih lagi tiada pelanggan dan kami memekak kuat gila, ermm. 


salah satu lagu yang dinyanyikan. Lagu ni sedih okay :'(

Next destination, main boling pulak. Aiceh padahal karaoke dengan boling sebelah-sebelah je pun. Kiteorang pun menuju ke sana dengan pantas sebab tak sabar nak main boling. Nak lepas masalah bak kata Asma. So, sampai je kaunter kami tengok harga dulu. Oh harini hari jumaat, harga nak main 3 ringgit, tambah kasut 2 ringgit. So total 5 ringgit. TAPI kiteorang decide nak main 2 game so kena tambah lagi 3 ringgit. Jadi sorang kena bayar emm emm 8 ringgit. Adehh penat mengira.

Dpat je kasut, terus cari bola. Macam biasalah aku pegang bola 6 kilo. Jangan harap nak pegang yang lagi berkilo kilo banyaknya patah jari wehhh. Dah setup semua benda, kiteorang pun start lah main. Alya start dulu, lepas tu asma dan turn ku last sekali. 

kemain susun bola banyak gila, yang pakainya tiga jeeeee.

Game pertama, saingan sengit gila. Masing-masing nak menang. TAPI akhirnya siti sakinah jugak yang menang hikhikhik. Tengok orang laaa kan. Tapi bila dah masuk game kedua, semua dah penat dah malas nak main dah malas nak scora dan barangkali semua dah kebulur. Nak main cepat habis je. LAST game tu, Asma menang tak silap.

Dah habis main boling, solat semua haruslah makan kannn. Urghh aku paling suck bab makan sebab aku ni makan memilih. Memilih sebab bukan mengada. Ye ke kinah? cam tak caya. kakaka. Okay aku memilih sebab sukeati lah kan? nak makan kottt. Pastu aku dengan Alya decide nak makan mcd. Asma pulak nak makan kfc. Ah sudah, dah berbeza fahaman makanan segera ni acane ni? DAN akhirnya idea bijak keluar. Suruh asma tapau kfc kita makan di mcd muahahahaha.

Okay, aku dengan alya pegi mcd dan asma pegi tapau kepsi. Aku macam biasalah, nak makan big mac. Sebab kebuluran tahu? Alya pulak setia dengan Chicken Foldover dia. So bayar semua kteorang pun duduk lah dekat corner sebab tu tempat paling best. Ah aku tengok semua tempat sama je. Asma pun dah datang dengan xmeal dia.


emm emm dapnyeeeeeeeee

dah makan semua, apa lagi. Baliklah. Tipuuuuuuuuuuuuuu! pegi tengok barang dulu. Asma kata nak beli kasut. Okay so round round laaa dekat mines tu sampai pukul 4. Lepas tu balik dan asma pun dapat kasut kegemaran dia.

muka kenyang! burppp 

tapi sebenarnya malam tu ada rehearsal untuk rancangan perniagaan bakti siswa dekat dewan esoknya. AKU pun pergi dengan kemalasan. Yer malas dah datang, nk pergi jalan-jalan rajin pulak yer? dasar syaitan punya anakkkk! 

Wednesday, 23 May 2012

GIGIH :')


HARI PEKERJA KEBANGSAAN 2012


hai semorang! :D

Actually dah lama nak update entry pasal show Hari Pekerja Kebangsaan ni tapi sebab malas yang amat. tangguh, tangguh, tangguh dan menangguh smpai la harini baru rasa rajin nak menaip.

haa gambar dekat atas ni gambar family koir uniputra aku. Korang mesti cam curious kan ape tu koir uniputra? haa koir uniputra ni koir bawah universiti putra malaysia dan aku salah sorang daripada ahli ini. aceterai carik gambar aku dekat tengah-tengah panas tu? haha gila kan kami amek gambar tengah-tengah panas.

show ni sebenarnya pada hari sabtu 12 mei haritu. harini berapa hari bulan? cuba tengok betapa malasnya aku nak update benda ni. hehehe. Tapi enjoy kot masuk benda ni, praktis sesama, makan sesama, nyanyi sesama. auwww sweet tahu?

program hari pekerja kebangsaan ni berlangsung dekat MAEPS, Dekat jer dengan kolej kiteorg. Yang diketahui, seramai 11000 orang yang tengok kiteorg nyanyi dalam dewan tu, dan ada siaran langusng dekat tv. Cuma takde rezeki part kteorg tak masuk tv. I iz sedih yu know, padahal dah cakap dengan mak dah nak masuk tb pagi tu. muahahaha.

kteorg tak menyanyi tapi kena lagukan balik puisi yang dicipta oleh Dr. Lim Swee Tin, Kenal tak siapa dia? google please. Tambah sikit ilmu korang semua hihi :D

Lepas tu, kteorg nyanyi sekali dgn faizal tahir lagu Malaysia Satu :D

K tengok gambar jelah eyhh :D

gigih amek gambar tengah panas
stand untuk lirik, aku suara Alto :)
sebelum persembahan haruslah posing dulu kan
abang hafiz ni dengar lagu jeeee.
rumet tercinta :D
SEMUA TENGAH CONTROL SENYUMMMM :D

masa rehersal. makannn jeee kan
Dr. lim dgn anak dia :)
motif posing mcm ni lagi? 
control lagi :D
Masa nyanyi lagu dengan Faizal Tahir :)
auwww :D
Family yang sporting gila auww :D
K seronok tau dapat perform untuk Hari Pekerja ni. Serius dapat pengalaman baru. Next event, koir kiteorg dapat show untuk Astro sempena apa ntah tapi untuk Allahyarham Sudirman la pada 3 jun ni dekat stadium Cheras, kiteorg backup Jaclyn Victor. aminn, bertambah lagi rezeki :)

credit to : bebudak Family koir Uniputra dengan camera yang cantik auww auwww :D

Monday, 21 May 2012

exam exam exam :'(


takutnya, tinggal lagi 21 hari. kena struggle gila gila kot. huwaaaa. tolongggg.